Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoalan Umum


1. Apakah fungsi ABCi? 

ABCi ialah Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan ditubuhkan pada tahun 2010 di bawah Kementerian Pembangunan sebagai pihak berkuasa yang mengawal selia kemajuan dan juga memantau industri pembinaan dengan memastikan semua kerja-kerja pembinaan yang dijalankan adalah selamat dan mengikut peraturan.

Fungsi utama Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) adalah termasuk:
  1. Mengawal selia kerja-kerja kemajuan menurut Perintah Kawalan Bangunan, 2014 dan Peraturan – Peraturan Kawalan Bangunan, 2014.
  2. Mengawal selia industri pembinaan termasuk Pembina / Kontraktor, Pembekal, Piawaian, Bahan – bahan asas binaan dan Produk bahan – bahan binaan yang melibatkan di dalam projek-projek Kemajuan.

2. Bilakah waktu perkhidmatan?

Hari Isnin hingga Khamis, dan Sabtu : 
8.00 pagi - 12.15 tengahari
1.30 petang - 4.30 petang


3.    Bilakah waktu pembayaran?
       
        Hari Isnin hingga Khamis 
        8.00 pagi - 11.00 pagi
        1.30 petang - 3.00 petang

         Hari Sabtu :
         8.00 pagi - 10.30 pagi


4. Senarai penjualan buku-buku panduan / rujukan yang berkaitan dengan ABCi?

Sila rujuk laman ini

Buku-buku rujukan ini bolehlah didapati di Tingkat 1, kaunter ABCi


5. Dimanakah boleh memperolehi senarai Arkitek atau Jurutera Profesional? 
        
        Arkitek atau Jurutera Profesional - Sila rujuk laman sesawang BAPEQS.


6. Dimanakah boleh memperolehi senarai Syarikat Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal? 

        Senarai boleh diperolehi di sini.


7. Dimanakah boleh memperolehi senarai Syarikat Pengiklanan?

        Senarai boleh diperolehi di sini.