Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Kenyataan Media - Isu Tular Mengenai Pembinaan dan Tambahan Rumah

Kenyataan Media - Isu Tular Mengenai Pembinaan dan Tambahan Rumah.jpg

Berikutan dengan penyebaran maklumat mengenai dengan surat amaran yang dikeluarkan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) yang disebarkan melalui aplikasi media social Facebook dan Whatsapp, pihak Kementerian Pembangunan ingin menjelaskan mengenai perkara tersebut yang mana setiap pembinaan rumah atau tambahan rumah hendaklah di pohonkan terlebih dahulu ke Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan. Tujuan permohonan itu dibuat adalah bagi memastikan keselamatan penghuni bangunan dan kesejahteraan awam yang berdekatan dan ini juga termasuk dari segi struktur bangunan pendawaian, pembetungan, aliran longkang dan sebagainya.

Surat amaran akan dikeluarkan bagi pemilik-pemilik rumah yang melanggar peraturan Akta BCO 2014. Surat amaran tersebut membolehkan pemilik-pemilik rumah diberikan peluang untuk memohonkan atau membuka tambahan yang dimaksudkan dan diberi tempoh masa 3 bulan bagi melantik arkitek (orang yang berkelayakan). Jika pemilik rumah enggan mengambil sebarang tindakan maka surat amaran akhir akan dikeluarkan bagi memberikan peluang pemilik rumah untuk melantik arkitek (orang yang berkelayakan) atau membuka tambahan tersebut dan masa yang akan diberikan adalah selama 2 bulan sebelum tindakan undang-undang diambil. Sebarang kekeliruan mengenai perkara di atas bolehlah berhubung terus ke Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.

Pihak Kementerian Pembangunan ingin mengingatkan orang ramai adalah menjadi kesalahan dan di bawah Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) Seksyen 34, bagi sesiapa yang sama ada menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah, yang menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjara tiga tahun dan denda sebanyak BND3,000.

Attachments