Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Prosedur baru bagi Pendaftaran Persijilan Produk Bahan Binaan

Pada 23hb Julai 2018, pihak ABCi melalui Sektor Industri Pembinaan telahpun mengadakan satu sesi pemberigaan bersama pembekal-pembekal yang berdaftar di Kementerian Pembangunan mengenai dengan tatacara baru menghadapkan permohonan berserta tpornya di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan ABCi, Kementerian Pembangunan.

ABCi telahpun mengambil satu lagi inisiatif untuk mempertingkatkan lagi dan mendokong usaha ke arah Ease of Doing Business” dengan memperkenalkan prosedur menghadapkan permohonan Pendaftaran Persijilan Produk melalui emel. ABCi adalah selaku urusetia Jawatankuasa Produk Produk Bahan Bahan Binaan yang mempunyai ahli ahli dari Jabatan Kerja Raya (Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mekanikal dan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Jalan Raya), Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. 
Dengan adanya tatacara baru ini, jumlah tpor selama 60 hari yang berjalan pada masa ini akan menjadi 7 hari waktu bekerja sahaja.
Tatacara ini bermula pada hari Rabu, 1hb Ogos,2018, bersamaan dengan 19 Zulkaedah 1439.
Sebarang permohonan atau pertanyaan mengenainya bolehlah berhubung terus dengan Urusetia jawatankuasa melalui email cmc.abci@mod.gov.bn.
Attachments