Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PEMBAYARAN PERKHIDMATAN MELALUI OCBS

Bermula 14 Mac 2022, syarikat yang perlu melaksanakan pembayaran bagi perkhidmatan ABCi melalui OCBS akan menerima EMAIL atau SMS mengandungi link kepada invois PDF. Email dan SMS akan dihantar kepada email dan nombor telefon bimbit yang digunakan untuk menghadapkan permohonan. MUAT TURUN pdf berkenaan sebagai rujukan awda.


Pembayaran bagi perkhidmatan-perkhidmatan ABCi dibawah akan dilaksanakan melalui One Common Billing Sistem (OCBS):

  • Pembelian buku garispanduan
  • Lesen Pembina
  • Sijil Pendaftaran Kontraktor
  • Sijil Pendaftaran Pembekal
  • Pendaftaran Syarikat Pengiklanan
  • Persijilan Bahan Asas Binaan
  • Accredited Checker - Pendaftaran & Assessment
  • Lesen Pengimport Bahan Asas Binaan
  • Quality Management System 
    • Registration of consultants to provide consultancy, advice for companies wishing to implement ISO 9000
    • Registration of Training Organisation to provide training on ISO management Systems related Training Program
    • Laboratory Accreditation Scheme
    • Registration for Certification Bodies
  • Tawaran Kompaun Perintah Kawalan Bangunan 2014
  • Yuran Kemajuan - bagi permohonan tertentu bukan melalui OneBiz

Tatacara Pembayaran:

1. Melalui Portal OCBS (https://ocbs.mofe.gov.bn/pay)

Masukkan nombor invois yang diberikan di dalam PDF, masukkan jumlah pembayaran dan tekan NEXT. Laksanakan pembayaran seperti lazimnya.


2. Melalui BAIDURI APP B. DIGITAL

Tekan BILL PAYMENT dan pilih MODABCI. Masukkan nombor invois yang diberikan di dalam PDF, jumlah pembayaran serta Nama Syarikat/No Pendaftaran ROCBN. Laksanakan pembayaran seperti lazimnya.


3. Melalui BIBD MOBILE

Tekan PAYMENT SERVICES, BILL PAYMENT dan pilih MOD/ABCI. Masukkan nombor invois yang diberikan di dalam PDF, Nama Syarikat serta No Pendaftaran ROCBN. Laksanakan pembayaran seperti lazimnya.


Syarikat bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang disertakan adalah LENGKAP dan pembayaran dilaksanakan kepada agensi yang BETUL. Sila ambil maklum resit pembayaran hanya akan dikeluarkan secara automatik keesokan harinya.




Attachments