gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Pendaftaran Syarikat Pengiklanan

Pendaftaran syarikat pengiklanan adalah bagi syarikat-syarikat yang ingin menghadapkan permohonan Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda​​.

1. Muat turun dan isikan borang yang disediakan

Syarikat bertanggungjawab untuk memastikan semua dokumen adalah lengkap dan borang diisikan dengan maklumat yang sahih dan betul.

2. ​Hadapkan permohonan melalui email ke ids.abci@mod.gov.bn 

Maklumbalas akan diberikan setelah permohonan lengkap diterima.

3. Jelaskan YURAN PROSES dan YURAN PENDAFTARAN

Yuran Proses – BND50

Yuran Pendaftaran – BND 225

4. Menerima SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT PENGIKLANAN

Sijil yang diterima bagi pendaftaran yang diluluskan mempunyai tempoh 3 tahun.