gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Laman Utama  >  Perkhidmatan  > Pengimportan Bahan Binaan  >  Lesen Pengimport

Lesen Pengimport

PENGENALAN
  • Pendaftaran bagi pengimport adalah melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi);
  • Pendaftaran bagi pengimport adalah mandatory bagi bahan asas pembinaan yang dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam;
  • Hanya syarikat yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah dibenarkan untuk mengimport bahan asas pembinaan ke Negara ini; dan
  • Sokongan dan ketetapan adalah berpandukan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Pengimportan Bahan Asas Pembinaan (JKPPBAP).
JENIS-JENIS BAHAN ASAS PEMBINAAN YANG DIKAWAL

Terdapat 4 jenis bahan asas pembinaan yang dikawal di bawah JKPPBAP:

1. ​ Simen
2. Batu
3. Pasir
4. Bata

SYARAT-SYARAT BAGI BERDAFTAR
  • Berdaftar di Registration of Companies Brunei Darussalam (ROCBN) sebagai syarikat Sendirian Berhad.
  • Saham pemilik syarikat hendaklah terdiri daripada Rakyat Melayu Brunei (RMB) sekurang-kurangnya 70%.
  • Berdaftar sebagai Syarikat Pembekal khususnya kategori P03.
  • Mendaftarkan bahan asas di bawah Persijilan Bahan Asas Binaan
  • Memohon permit bagi kemasukkan bahan asas pembinaan tersebut mengikut keperluan Permit Import Bahan Asas Binaan​
KEPERLUAN PENDAFTARAN
  1. Surat-surat kebenaran tapak perusahaan atau penyimpanan;
  2. Kebenaran tapak pendaratan bagi pengimportan bahan asas pembinaan (jika berkenaan);
  3. Sijil kualiti bahan asas pembinaan atau Laporan ujian daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal;
  4. Laporan ujian daripada makmal ujian pihak ketiga yang diiktiraf dan diperakukan oleh Kementerian Pembangunan;
  5. Petro Graphic Rock Test bagi batu daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal;
  6. Cadangan harga pasaran dan kuantiti untuk diimport serta senarai projek-projek atau syarikat yang dibekalkan;
  7. Surat kebenaran bagi mengeksport bahan asas pembinaan yang dipohonkan dari negara asal.
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
  1. Memuat Turun borang dan mengisikan dengan lengkap – Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan dilampirkan bersama permohonan.
  2. Menghadapkan permohonan melalui emel irm.abci@mod.gov.bn.
  3. Menerima maklumbalas keputusan permohonan.
PERINGATAN
  • Satu penghantaran e-mel = satu permohonan;
  • Kesemua dokumen keperluan hendaklah dihadapkan
  • Dokumen tersebut hendaklah diasingkan dan dinamakan dengan jelas (format .pdf);
  • Dokumen-dokumen yang disertakan (attachment) di dalam e-mel hendaklah bersaiz kurang daripada 10MB;
  • Bagi dokumen-dokumen (overall size) yang bersaiz lebih daripada 10MB, sila hadapkan dokumen melalui online sharing database Google Drive, WeTransfer, OneDrive, dll.
     

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi irm.abci@mod.gov.bn