Laman Utama > Berita > Build Brunei 2024 Talk Series – Siri Dua
BUILD BRUNEI TALK SERIES 2024 – SIRI DUA
16 Mei 2024 – Dalam usaha berterusan untuk memberikan kefahaman mengenai perkhidmatan berkaitan Kawalan kemajuan dan industri Pembinaan amnya, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, Kementerian Pembangunan mengadakan program Build Brunei Talk Series kali kedua bagi tahun 2024 bermula pada 20 Mei 2024 selama empat hari bertempat di Dewan Indera Pahlawan, ABCi dari jam 8.45 pagi sehingga 12:00 tengahari, yang dibukakan kepada orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan industri pembinaan.
Program ini memberikan peluang kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat sama dalam proses pembinaan mahupun terlibat dalam industri Pembinaan untuk membentangkan keperluan-keperluan permohonan mahupun isu-isu semasa yang dihadapi oleh orang ramai, pemilik perniagaan mahupun syarikat-syarikat berkepentingan industri pembinaan. Ianya juga dihasratkan dapat mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan dan industry players serta memupuk semangat kerjasama, profesionalisme dan muhibbah dikalangan mereka.
Antaralain tema yang akan dibentangkan kali ini mengetengahkan keperluan-keperluan komersil, perkara yang perlu diambil kira bagi memulakan perniagaan, pembelian hartanah dan banyak lagi. Orang ramai juga boleh mendapatkan pencerahan mengenai maklumat proses permohonan yang diperlukan seperti kebenaran kemajuan, Kesiapan Kemajuan (OP) dan pendaftaran Lesen Pembina.
Maklumat terkini mengenai program berkenaan boleh didapati melalui instagram rasmi Autoriti di @abcibrunei.
