Lesen Pembina
Merujuk Building Control Order, 2014, Bahagian VII – LICENSING OF BUILDERS;
SYARAT-SYARAT UMUM PENDAFTARAN
Syarikat hendaklah terlebih dahulu berdaftar di Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan (ROCBN) dan/atau Pejabat Pendaftar Koperasi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam
Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang terkandung mengikut kelas dan kategori pendaftaran seperti yang dinyatakan didalam Jadual A1.
Lain-lain syarat dan keperluan bolehlah dirujuk didalam
Building Control Order, 2014 yang boleh didapati di Jabatan Percetakan Kerajaan dan
Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020 di Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
Bagi syarikat yang berhasrat untuk mendaftar Lesen Pembina bolehlah merujuk ITN-05-2022 Perubahan kepada Tatacara Permohonan Pembina, Kontraktor dan Pembekal bagi prosedur terkini.
Syarikat juga boleh merujuk ITN-06-2025 – Pengemaskinian Borang Standard Pendaftaran Membaharui Lesen Pembina dan Sijil Pendaftaran Kontraktor bagi permohonan Membaharui Lesen Pembina dan Sijil Pendaftaran Kontraktor (bagi Kategori Kerja Standard SAHAJA) (KA01, B01, KPB04, S02) dikehendaki untuk menggunakan borang permohonan yang baru.
PEMBAYARAN YURAN
Boleh dirujuk di dalam Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020.
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ukpp.abci@mod.gov.bn
