gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Pengenalan

Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai pihak berkuasa yang mengawal selia kemajuan dan juga memantau industri pembinaan dengan memastikan semua kerja-kerja pembinaan yang dijalankan adalah selamat dan mengikut peraturan. Fungsi utama Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) termasuk:

 

    • Mengawal selia kerja-kerja kemajuan menurut Akta Kawalan Bangunan Penggal 256.
    • Memberikan kebenaran bagi pelan kemajuan bangunan, mengeluarkan permit untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dan permit kesiapan kemajuan.
    • Mengawal selia industri pembinaan dengan mengeluarkan Lesen Pembina bagi setiap syarikat Pembina yang berdaftar juga termasuk pendaftaran bagi kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang terlibat di dalam projek-projek kemajuan di bawah Kerajaan diseluruh negara.
    • Menetapkan dan memastikan piawaian dan kualiti industri pembinaan agar sentiasa dikemaskinikan termasuk yang bertaraf kebangsaan mahupun antarabangsa.
    • Mendaftarkan bahan asas binaan dan produk bahan binaan terutama bagi kerja-kerja pembinaan di bawah projek-projek Kerajaan.​​