- Pendaftaran bagi pengimport adalah melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi);
- Pendaftaran bagi pengimport adalah mandatory bagi bahan asas pembinaan yang dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam;
- Hanya syarikat yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah dibenarkan untuk mengimport bahan asas pembinaan ke Negara ini; dan
- Sokongan dan ketetapan adalah berpandukan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Pengimportan Bahan Asas Pembinaan (JKPPBAP).
| JENIS-JENIS BAHAN ASAS PEMBINAAN YANG DIKAWAL |
Terdapat 4 jenis bahan asas pembinaan yang dikawal di bawah JKPPBAP:
1. Simen
2. Batu
3. Pasir
4. Bata
| SYARAT-SYARAT BAGI BERDAFTAR |
- Berdaftar di Registration of Companies Brunei Darussalam (ROCBN) sebagai syarikat Sendirian Berhad.
- Saham pemilik syarikat hendaklah terdiri daripada Rakyat Melayu Brunei (RMB) sekurang-kurangnya 70%.
- Berdaftar sebagai Syarikat Pembekal khususnya kategori P03.
- Mendaftarkan bahan asas di bawah Persijilan Bahan Asas Binaan
- Memohon permit bagi kemasukkan bahan asas pembinaan tersebut mengikut keperluan Permit Import Bahan Asas Binaan
- Surat-surat kebenaran tapak perusahaan atau penyimpanan;
- Kebenaran tapak pendaratan bagi pengimportan bahan asas pembinaan (jika berkenaan);
- Sijil kualiti bahan asas pembinaan atau Laporan ujian daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal;
- Laporan ujian daripada makmal ujian pihak ketiga yang diiktiraf dan diperakukan oleh Kementerian Pembangunan;
- Petro Graphic Rock Test bagi batu daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal;
- Cadangan harga pasaran dan kuantiti untuk diimport serta senarai projek-projek atau syarikat yang dibekalkan;
- Surat kebenaran bagi mengeksport bahan asas pembinaan yang dipohonkan dari negara asal.
| TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN |
- Memuat Turun borang dan mengisikan dengan lengkap – Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan dilampirkan bersama permohonan.
- Menghadapkan permohonan melalui emel irm.abci@mod.gov.bn.
- Menerima maklumbalas keputusan permohonan.
- Satu penghantaran e-mel = satu permohonan;
- Kesemua dokumen keperluan hendaklah dihadapkan
- Dokumen tersebut hendaklah diasingkan dan dinamakan dengan jelas (format .pdf);
- Dokumen-dokumen yang disertakan (attachment) di dalam e-mel hendaklah bersaiz kurang daripada 10MB;
- Bagi dokumen-dokumen (overall size) yang bersaiz lebih daripada 10MB, sila hadapkan dokumen melalui online sharing database Google Drive, WeTransfer, OneDrive, dll.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi irm.abci@mod.gov.bn