gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Laman Utama  >  Perkhidmatan  >  Pendaftaran Syarikat Pendaftaran Sijil Pembekal

Pendaftaran Sijil Pembekal

Syarikat yang berhasrat untuk mengikuti tawaran atau sebutharga membekalkan bagi projek pembinaan Kerajaan hendaklah berdaftar dan mempunyai Sijil Pendaftaran Pembekal di Kementerian Pembangunan.

Syarat-syarat pendaftaran bolehlah dirujuk didalam Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Kementerian Pembangunan Edisi 2020​.

TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN

​​Bagi syarikat yang berhasrat untuk mendaftar Lesen Pembina bolehlah merujuk ITN-05-2022 Perubahan kepada Tatacara Permohonan Pembina, Kontraktor dan Pembekal bagi prosedur terkini.

PEMBAYARAN YURAN PROSES & PENDAFTARAN

YURAN PROSES adalah sebanyak BND50.00 bagi setiap permohonan.

Bagi permohonan yang diluluskan, YURAN PENDAFTARAN bagi tempoh 3 tahun adalah dikenakan mengikut kategori pendaftaran yang diluluskan.

​​Boleh dirujuk di dalam Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020.

 

​Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ukpp.abci@mod.gov.bn