Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengenalan

​Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai pihak berkuasa yang mengawal selia kemajuan dan juga memantau industri pembinaan dengan memastikan semua kerja-kerja pembinaan yang dijalankan adalah selamat dan mengikut peraturan. Fungsi utama Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) adalah termasuk:

  1. Mengawal selia kerja-kerja kemajuan menurut Perintah Kawalan Bangunan, 2014
  2. Memberikan kebenaran bagi pelan kemajuan bangunan, mengeluarkan permit untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dan permit kesiapan kemajuan.
  3. Mengawal selia industri pembinaan dengan mengeluarkan Lesen Pembina bagi setiap syarikat Pembina yang berdaftar juga termasuk pendaftaran bagi kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang terlibat di dalam projek-projek kemajuan di bawah Kerajaan diseluruh negara.
  4. Menetapkan dan memastikan piawaian dan kualiti industri pembinaan agar sentiasa dikemaskinikan termasuk yang bertaraf kebangsaan mahupun antarabangsa.
  5. Mendaftarkan bahan asas binaan dan produk bahan binaan terutama bagi kerja-kerja pembinaan di bawah projek-projek Kerajaan.​​