Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

BUILD BRUNEI TALK SERIES 2024

29 Januari 2024 - Dalam usaha berterusan untuk memberikan kefahaman mengenai perkhidmatan berkaitan Kawalan kemajuan dan industri Pembinaan amnya, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, Kementerian Pembangunan mengadakan program Build Brunei Talk Series sebagai siri pertama bagi tahun 2024 bermula pada hari ini, 29 Januari 2024 selama empat hari bertempat di Dewan Indera Pahlawan, ABCi dari jam 8.00 pagi sehingga 12:00 tengahari, yang dibukakan kepada orang ramai dan pihak-pihak industri pembinaan.

Program ini memberikan peluang kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat sama dalam proses pembinaan mahupun terlibat dalam industri Pembinaan untuk membentangkan keperluan-keperluan permohonan mahupun isu-isu semasa yang dihadapi oleh orang ramai, pemilik perniagaan mahupun syarikat-syarikat berkepentingan industri pembinaan. Ianya juga dihasratkan dapat mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan dan industry players serta memupuk semangat kerjasama, profesionalisme dan muhibbah dikalangan industri pembinaan.

Antaralain tema yang akan dibentangkan ialah isu-isu dalam merancang untuk membina rumah atau bangunan, keperluan-keperluan pembinaan dan juga keselamatan semasa pembinaan. Orang ramai juga boleh mendapatkan pencerahan mengenai maklumat proses permohonan yang diperlukan seperti kebenaran kemajuan, Kesiapan Kemajuan (OP) dan pendaftaran Lesen Pembina.

Maklumat lanjut mengenai program berkenaan boleh didapati melalui instagram rasmi Autoriti di @abcibrunei atau laman sesawang rasmi www.abci.gov.bn.    

Attachments