Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN KERJA GUANGXI HOUSING AND URBAN-RURAL DEVELOPMENT (HURD) KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

​4 Mac 2024 - Rombongan seramai 6 orang dari Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD) Republik Rakyat China telah mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pembangunan. Rombongan ini adalah merupakan lawatan rasmi Pegawai-Pegawai Kanan daripada Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD) yang merangkumi Pengarah-Pengarah dari Personnel and Education Division, Housing Guarantee Division, Construction Market Supervision Division, Urban Construction Division dan Science and Technology Division.​


Rombongan berkenaan diketuai oleh Ketua Pengarah Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD), iaitu Dr. Prof. Mr. YANG Lufeng.


Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid telah menerima kunjungan resmi rombongan yang mana turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. Rombongan seterusnya menghadiri sesi mesyuarat yang diketuai oleh Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub dan turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pembangunan.

IMG_6135.JPG

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ar. Dayang Hajjah Haslinawati binti Haji Abdul Halim.


Antara lain tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dua hala diantara Kementerian Pembangunan dan Guangxi Housing and Urban-Rural Development Department (HURD) dalam sama-sama mencari bidang kerjasama dan persefahaman yang boleh diterokai bagi menghadapi cabaran global, mengukuhkan dan menggalakkan kerjasama dalam perumahan dan pembinaan yang berkualiti tinggi yang mana adalah juga kesinambungan daripada mesyuarat China-ASEAN Ministerial Roundtable on Construction yang telah diadakan pada 14 September 2023 hingga 16 September 2023 di Nanning, Republik Rakyat China.

MOD - GUANGXI IMG_6202.JPG

Para delegasi telah diberikan taklimat antara lainnya bertajuk: Ministry of Development: Supporting Brunei Wawasan 2035 towards High Quality Living yang disampaikan oleh Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan; Green Initiatives Through Urban Planning yang disampaikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Sustainability Initiatives yang disampaikan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

MOD GUANGXI MEETING.jpeg

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab serta perbincangan terbuka antara kedua pihak. Pada sebelah petang, rombongan delegasi mengadakan lawatan ke Tapak Perumahan Kampong Lugu, Mukim Sengkurong selepas mendengarkan taklimat berhubung dengan perancangan dan aktiviti kemajuan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.​

_HDD1569.JPG


_HDD1561.JPG

Attachments