gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Laman Utama > Berita > Contractor Development Program Sesi 1 2025

CONTRACTOR DEVELOPMENT PROGRAM SESI 1 2025

Jun 12, 2025 | Acara

12 Jun 2025 – Sesi 1 CONTRACTOR DEVELOPMENT PROGRAM telah diadakan pada 2-3 & 9-12 Jun 2025 bagi pemilik syarikat tempatan yang baru berdaftar sebagai Pembina/Kontraktor Kelas I & II. Program berkenaan adalah salah satu inisiatif Local Business Development Kementerian Pembangunan yang bertujuan untuk meningkatkan​ pengetahuan dan memberikan dokongan kepada pemilik-pemilik tempatan dalam menjalankan operasi syarikat dengan cekap dan berdaya saing. Ianya juga diharapkan untuk meningkatkan keupayaan pemilik untuk mengurus dan memimpin projek-projek pembinaan dengan memberikan fokus kepada amalan terbaik dalam pengurusan projek dengan berkesan.

Seramai 22 peserta telah mengikuti program 6 hari berkenaan. Seterusnya, peserta-peserta sesi 1 akan dikehendaki untuk menghadiri siri taklimat daripada pihak ABCi serta agensi-agensi berkepentingan industri pembinaan yang akan diadakan pada 1-2 Julai 2025. Siri taklimat berkenaan adalah diharapkan dapat memberikan pencerahan kepada pemilik-pemilik syarikat dalam keperluan-keperluan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan penjalanan operasi perniagaan pembinaan.

Penyampaian sijil telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Ketua Autoriti, Pengiran Shaharuddin bin Pengiran Haji Yussof pada 12 Jun 2025.

Mana-mana syarikat baru yang ingin mengikuti program berkenaan boleh lah menghubungi lbdunit@mod.gov.bn bagi maklumat lanjut.