Kebenaran Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda
Autoriti ini mengawal pemasangan iklan, papan iklan dan papan tanda secara pentadbiran dengan menyenaraikan Syarikat Pengiklanan di bawah Kementerian Pembangunan. Kesemua iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dipasang.
Permohonan kebenaran iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah dihadapkan melalui sistem OneBiz.
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN IKLAN, PAPAN IKLAN DAN PAPAN TANDA
1. MELANTIK SYARIKAT PENGIKLANAN YANG BERDAFTAR
Syarikat pengiklanan bertanggungjawab untuk memberikan konsultasi mengenai keperluan iklan/papan iklan/papan tanda yang akan dipaparkan.
2. SYARIKAT PENGIKLANAN MENDAPATKAN PENGESAHAN TULISAN JAWI DAN JAWI ARTWORK DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Sila rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka
3. SYARIKAT MENGHADAPKAN PERMOHONAN MELALUI ONEBIZ
Hanya syarikat pengiklanan yang berdaftar sahaja boleh menghadapkan permohonan.
4. ULASAN AGENSI YANG BERKENAAN AKAN DIKUMPULKAN MELALUI ONEBIZ
Agensi-agensi yang berkaitan termasuk:
Jabatan Jalan Raya JKR
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Adat Istiadat Negara
Pasukan Polis Diraja Brunei – Pendaftar Perubuhan
Jabatan Bomba dan Penyelamat
5. MELAKSANAKAN PEMBAYARAN YURAN SEBELUM MEMASANG IKLAN / PAPAN IKLAN / PAPAN TANDA
Pembayaran bagi yuran berkenaan dilaksanakan melalui OneBiz oleh Syarikat Pengiklanan yang dilantik. Setelah yuran dilaksanakan, SURAT KEBENARAN boleh dimuat turun dari sistem berkenaan bagi rujukan.
6. MENGHADAPKAN LAPORAN KESIAPAN PEMASANGAN MELALUI EMEL
Laporan hendaklah dihadapkan setelah pemasangan dilaksanakan.
JADUAL YURAN DAN TEMPOH SAHLAKU KEBENARAN BAGI KATEGORI PERMOHONAN
| BIL | JENIS PERMOHONAN | KADAR PEMBAYARAN | TEMPOH SAHLAKU |
| 1 | Kain Rentang |
a) $5.00 setiap satu meter persegi b) $15.00 jika kurang dari satu meter persegi luas |
Mengikut tempoh permohonan atau maksima 15 hari |
| 2 | Billboard Banner |
a) $5.00 setiap satu meter persegi b) $15.00 jika kurang dari satu meter persegi luas |
Mengikut tempoh permohonan atau maksima 30 hari |
| 3 |
Animated billboard / Digital (Prisma / Flipboard) |
a) $15.00 setiap satu meter persegi b) $30.00 jika kurang dari satu meter persegi luas |
Mengikut tempoh permohonan atau maksima 6 bulan |
| 4 | Papan Tanda (Signboard), Pylon Sign, Papan Tanda Sayap | $20.00 setiap satu meter persegi | – |
| 5 | Papan tanda Langit | $40.00 setiap satu meter persegi | – |
TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK DIBERIKAN MEMASANG IKLAN
Sila rujuk IGN-01-2022 Lokasi Dilarang Memasang Iklan Sementara.
TAPAK-TAPAK PERINDUSTRIAN DI BAWAH KAWALAN DARUSSALAM ENTERPRISE
Sebarang permohonan daripada pengusaha-pengusaha di tapak-tapak perindustrian di bawah kawalan Darussalam Enterprise (DARe) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak DARe sebelum menghadapkan permohonan ke ABCi.
Senarai Tapak-Tapak Perindustrian di Bawah Kawalan Darussalam Enterprise (DARe)
KETETAPAN HARI-HARI KEBANGSAAN / KENEGARAAN BAGI PENGECUALIAN DARIPADA MENDAPATKAN KEBENARAN
Berikut ada lah senarai hari – hari kebangsaan/ kenegaraan yang terkecuali daripada mendapatkan kebenaran. Walau bagimanapun, syarikat pengiklanan hendaklah menghadapkan cover letter ke ABCi.
Sambutan hari keputeraan KDYMM
Sambutan hari kebangsaan
Sambutan Maulud Nabi SAW
Majlis-majlis Adat Istiadat Diraja
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan
Hari Ulang Tahun ABDB
Isra’ Mi’raj
Nuzul Al-Quran
Hari belia Kebangsaan
Tilawatul Al-Qu’ran Peringkat Kebangsaan
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi BSBA.ABCi@mod.gov.bn
Bil
Jenis Permohonan
Kadar Pembayaran
Tempoh Sahlaku
Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.
