gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Pendaftaran BAGUS Fasilitator

Hanya orang  yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan dibenarkan untuk menghadapkan penilaian bangunan hijau BAGUS.​

SYARAT MINIMA PENDAFTARAN

​​​1. P​rofesional ataupun Kelulusan Tertinggi 

Berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) atau Ijazah Sarjana Muda atau sebanding atau Higher National Diploma (HND) dalam bidang Seni Bina / Kejuruteraan / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian

 2. Green Building Course Certification

Me​mpunyai sijil tamat kursus bangunan hijau yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh World Green Building Council.

KEPERLUAN
  • Salinan IC atau Pasport
  • Salinan Sijil Kursus Bangunan Hijau
  • Salinan Sijil Kelulusan Tertinggi
  • Salinan Sijil ROCBN (jika berkenaan)
  • Bukti Pekerjaan (jika berkenaan)
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
  1. LENGKAPKAN borang permohonan;
  2. HADAPKAN borang permohonan melalui emel ids.abci@mod.gov.bn;
  3. Permohonan akan diproses. TPOR bagi perkhidmatan ini ialah 7 hari bekerja;
  4. KEPUTUSAN akan diterima melalui emel;
  5. Jika diluluskan, pemohon perlu menjelaskan YURAN PENDAFTARAN;
  6. Pemohon akan menerima E-SIJIL  melalui emel setelah yuran dijelaskan.
PEMBAYAN YURAN PENDAFTARAN

Bagi permohonan yang diluluskan, YURAN PENDAFTARAN bagi tempoh 2 tahun adalah BND125.00.

 

​Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ids.abci@mod.gov.bn.