Laman Utama > Perkhidmatan > Brunei Accredited Green Unified Seal ‘BAGUS’ > BAGUS Fasilitator
Pendaftaran BAGUS Fasilitator
Hanya orang yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan dibenarkan untuk menghadapkan penilaian bangunan hijau BAGUS.
| SYARAT MINIMA PENDAFTARAN |
1. Profesional ataupun Kelulusan Tertinggi
Berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) atau Ijazah Sarjana Muda atau sebanding atau Higher National Diploma (HND) dalam bidang Seni Bina / Kejuruteraan / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian
2. Green Building Course Certification
Mempunyai sijil tamat kursus bangunan hijau yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh World Green Building Council.
| KEPERLUAN |
- Salinan IC atau Pasport
- Salinan Sijil Kursus Bangunan Hijau
- Salinan Sijil Kelulusan Tertinggi
- Salinan Sijil ROCBN (jika berkenaan)
- Bukti Pekerjaan (jika berkenaan)
| TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN |
- LENGKAPKAN borang permohonan;
- HADAPKAN borang permohonan melalui emel ids.abci@mod.gov.bn;
- Permohonan akan diproses. TPOR bagi perkhidmatan ini ialah 7 hari bekerja;
- KEPUTUSAN akan diterima melalui emel;
- Jika diluluskan, pemohon perlu menjelaskan YURAN PENDAFTARAN;
- Pemohon akan menerima E-SIJIL melalui emel setelah yuran dijelaskan.
| PEMBAYAN YURAN PENDAFTARAN |
Bagi permohonan yang diluluskan, YURAN PENDAFTARAN bagi tempoh 2 tahun adalah BND125.00.
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ids.abci@mod.gov.bn.
