Pendaftaran Lesen Pengimport
PENGENALAN
Pendaftaran bagi pengimport adalah melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
Pendaftaran bagi pengimport adalah mandatory bagi bahan asas pembinaan yang dibawa masuk ke Negara Brunei Darussalam
Hanya syarikat yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang sah dibenarkan untuk mengimport bahan asas pembinaan ke Negara ini
Sokongan dan ketetapan adalah berpandukan kepada Jawatankuasa Pendaftaran Pengimportan Bahan Asas Pembinaan (JKPPBAP)
JENIS-JENIS BAHAN ASAS PEMBINAAN YANG DIKAWAL
Terdapat 4 jenis bahan asas pembinaan yang dikawal di bawah JKPPBAP:
1. Simen
2. Batu
3. Pasir
4. Bata
SYARAT-SYARAT BAGI BERDAFTAR LESEN PENGIMPORT
- Berdaftar di Registration of Companies Brunei Darussalam (ROCBN) sebagai syarikat Sendirian Berhad
Saham pemilik syarikat hendaklah terdiri daripada Rakyat Melayu Brunei (RMB) sekurang-kurangnya 70% - Berdaftar sebagai Syarikat Pembekal khususnya kategori P03
- Mendaftarkan bahan asas di bawah Persijilan Bahan Asas Binaan
- Memohon permit bagi kemasukkan bahan asas pembinaan tersebut mengikut keperluan Permit Import Bahan Asas Binaan
Keperluan: PENDAFTARAN PENGIMPORT BAHAN ASAS PEMBINAAN
- Surat-surat kebenaran tapak perusahaan atau penyimpanan / Approval letter for each business operated or storage
- Kebenaran tapak pendaratan bagi pengimportan bahan asas pembinaan (jika berkenaan) / Approval letter from landing site for importation of raw material (If applicable)
- Sijil kualiti bahan asas pembinaan / Quality certificates of the raw construction materials atau /or Laporan ujian daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal / Testing reports from laboratory accredited by country of origin
- Laporan ujian daripada makmal ujian pihak ketiga yang diiktiraf dan diperakukan oleh Kementerian Pembangunan / Testing reports from 3rd party accredited laboratory recognised by Ministry of Development
- Petro Graphic Rock Test bagi batu daripada makmal ujian yang diiktiraf oleh negara asal / Petro Graphic Rock Test Report of aggregates from laboratory accredited by country of origin
- Cadangan harga pasaran dan kuantiti untuk diimport serta senarai projek-projek atau syarikat yang dibekalkan / Proposed market price and quantity to be imported including the list of projects or appointed suppliers
- Surat kebenaran bagi mengeksport bahan asas pembinaan yang dipohonkan dari negara asal / Approval letter for exportation of raw materials applied from the country of origin
TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
- Memuat Turun borang dan mengisikan dengan lengkap – Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan dilampirkan bersama permohonan
- Menghadapkan permohonan melalui emel irm.abci@mod.gov.bn
- Menerima maklumbalas keputusan permohonan
PERINGATAN
- Satu penghantaran e-mel = satu permohonan;
- Kesemua dokumen keperluan hendaklah dihadapkan
- Dokumen tersebut hendaklah diasingkan dan dinamakan dengan jelas (format .pdf);
- Dokumen-dokumen yang disertakan (attachment) di dalam e-mel hendaklah bersaiz kurang daripada 10MB;
- Bagi dokumen-dokumen (overall size) yang bersaiz lebih daripada 10MB, sila hadapkan dokumen melalui online sharing database Google Drive, WeTransfer, OneDrive, dll.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi irm.abci@mod.gov.bn
