Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLesen Pembina

Merujuk Building Control Order, 2014, Bahagian VII – LICENSING OF BUILDERS;

  • "Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan pembinaan atau orang yang dilantik selaku wakil untuk menjalankan perniagaan pembinaan perlu berdaftar selaku Pembina."
  • "Barangsiapa yang mengiklan atau menjalankan perniagaan pembinaan tanpa berdaftar selaku Pembina (tidak mempunyai Lesen Pembina) – ia boleh disabit kesalahan." 

Pembina hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung didalam Building Control Order, 2014 terutama Bahagian II – Divisyen 3 (15) Duties of Builders.

SYARAT-SYARAT UMUM PENDAFTARAN
Syarikat hendaklah terlebih dahulu berdaftar di Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan (ROCBN) dan/atau Pejabat Pendaftar Koperasi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam

Syarikat hendaklah memenuhi syarat-syarat yang terkandung mengikut kelas dan kategori pendaftaran seperti yang dinyatakan didalam Jadual berikut;


Lain-lain syarat dan keperluan hendaklah dirujuk didalam Building Control Order, 2014 yang boleh didapati di Jabatan Percetakan Kerajaan dan Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Edisi 2020 di Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.

TATACARA MENGHADAPKAN PERMOHONAN
Bagi syarikat yang berhasrat untuk menghadapkan permohonan Lesen Pembina, Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Pembekal bolehlah merujuk kepada Tatacara menghadapkan permohonan.​


Proses pendaftaran.jpg

SENARAI SEMAK DOKUMEN
Senarai semak dokumen bagi PENDAFTARAN KONTRAKTOR / PENDAFTARAN PEMBEKAL yang diperlukan untuk disertakan bersama dengan borang permohonan.

PEMBAYARAN YURAN
Yuran proses pendaftaran adalah sebanyak B$50.00 bagi setiap permohonan. Bagi permohonan yang diluluskan, yuran pendaftaran bagi tempoh 3 tahun adalah dikenakan mengikut kelas dan kategori pendaftaran yang diluluskan dan yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua bulan daripada tarikh surat keputusan.


Slide1.JPG