Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSoalan Kawalan Kemajuan

1. Bagaimana cara untuk mendapatkan Kebenaran Kemajuan pembinaan?

a. Sila rujuk laman ini

b. Permohonan dihadapkan ke Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) melalui Orang Berkelayakan (QP, Arkitek / Jurutera Profesional) melalui sistem OneBiz.


2. Berapakah tempoh TPOR bagi proses Kebenaran Kemajuan?

development flow.png

3. Apakah jenis-jenis permohonan yang memerlukan Kebenaran Kemajuan?

Permohonan yang memerlukan Kebenaran Kemajuan adalah seperti berikut:
(i) Kemajuan kerja tanah (menimbuk, meratakan, meruntuh)
(ii) Membina bangunan, termasuk rumah, bangunan industry dan bangunan komersil
(iii) Ubahsuai dan tambahan rumah sedia ada 
(iv) Ubahsuai ruang kedai, termasuk permohonan untuk menggunakan ruang kedai

4. Bagaimana cara untuk membuat permohonan-permohonan Kebenaran Kemajuan?

Permohonan-permohonan Kemajuan hendaklah dihadapkan melalui Arkitek atau Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS).

5. Di mana boleh memperolehi senarai Arkitek atau Jurutera profesional yang berdaftar di Kementerian Pembangunan?

Sila rujuk laman sesawang BAPEQS

6. Berapa lamakah tempoh sah bagi Kebenaran Kemajuan?

Kebenaran Kemajuan yang dikeluarkan adalah sah selama satu (1) tahun dari tarikh surat kebenaran dikeluarkan.


7. Mengapa Structural Drawing mesti dihadapkan?

a. Termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan 2014, Seksyen 5, mulai 03hb September 2016.
b. Sila rujuk buku Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan 2014 dibawah Jadual 5(B)(3).

8. Apakah yang perlu dibuat bagi memperbaharui Kebenaran Kemajuan yang telah mansuh?

Pemohon/pihak pemohon hendaklah menghadapakan permohonan membaharui kepada Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) untuk memperbaharui Kebenaran Kemajuan yang mansuh melalui sistem OneBiz.

9. Apakah sebab-sebab permohonan ditolak?

a. Permohonan akan ditolak sekiranya syarat-syarat khas atau kehendak-kehendak dari jabatan-jabatan atau agensi yang berkenaan belum dipenuhi atau

b. Pelan-pelan yang dihadapkan tidak mematuhi piawian dan garispanduan yang berjalan pada masa ini.

10. Sekiranya permohonan ditolak, apakah tindakan yang perlu dibuat?

a. Arkitek/Jurutera Profesional hendaklah memastikan semua syarat-syarat atau kehendak-kehendak dipenuhi
sebelum menghadapkan semula permohonan ke ABCi.

b. Arkitek/Jurutera Profesional hendaklah mempastikan semua pelan-pelan diselaraskan mengikut ulasan yang diberikan oleh disiplin-disiplin yang berkenaan (mengikut piawaian dan garispanduan yang berjalan pada masa ini).

11. Bilakah Borang C boleh dihadapkan?

a. Borang C hanya boleh dihadapkan apabila Surat Kebenaran Kemajuan telah dikeluarkan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

b. Sekiranya borang dan permohonan tersebut di hadapkan sebelum Surat Kebenaran  Kemajuan dikeluarkan, maka permohonan tersebut tidak akan disokong.

12. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi Permohonan Permit Untuk Memulakan Kemajuan?

a. Rujuk dokumen-dokumen utama yang diperlukan di dalam sistem OneBiz.

b. Pihak pemohon juga diminta untuk memastikan kesemua borang diisi dengan lengkap dan keperluan permohonan dan dokumen adalah lengkap serta menghadapkan Sijil Pendaftaran Kontraktor yang Berdaftar yang masih sah.

13. Bolehkah Piling dimulakan sebelum Borang C disokong?

Sebarang Kemajuan di atas tapak tersebut, termasuk piling adalah tidak dibenarkan sebelum Kebenaran Borang C dikeluarkan.

14. Bilakah Kebenaran Kesiapan Kemajuan (Occupation Permit) dikeluarkan?

Surat Kebenaran Kesiapan dikeluarkan selepas kemajuan tersebut diperiksa dan didapati memuaskan dari segi kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (Health Safety & Environment (HSE)) dan mematuhi piawaian dan garispanduan yang berjalan pada masa ini.

Kemajuan tersebut hendaklah mengikut pelan yang telah diluluskan. Jika ada perubahan kepada pelan yang telah diluluskan, pihak pemohon hendaklah menghadapkan kebenaran dari Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dengan menghadapkan permohonan perubahan kepada pelan yang diluluskan melalui sistem OneBiz sebelum permohonan Kesiapan Kemajuan dihadapkan.

15. Adakah kemajuan tambahan rumah memerlukan Kebenaran Kesiapan Kemajuan (Occupation Permit)?

a. Segala kemajuan baru hendaklah mengikuti proses Kemajuan dari Kebenaran Kemajuan sehingga Kesiapan Kemajuan;

b. Oleh yang sedemikian, Kebenaran Kesiapan Kemajuan (Occupation Permit) bagi tambahan rumah adalah diperlukan bagi memastikan kemajuan tersebut adalah selamat untuk didiami.