Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPendaftaran Perunding

​Pendaftaran bagi organisasi yang ingin menyediakan khidmat perundingan (consultancy service) berkaitan sistem pengurusan ISO 9000 kepada syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melaksanakan sistem pengurusan yang berkenaan.

Organisasi yang ingin menyediakan khidmat perundingan boleh lah berdaftar di Kementerian Pembangunan dengan memenuhi syarat-syarat minimum seperti berikut:

  1. Perunding hendaklah mempunyai kelulusan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda (Degree) atau sebanding;
  2. Perunding hendaklah telah menjalani latihan berkaitan sistem pengurusan dan memiliki kelayakan profesional dalam bidang ini adalah suatu kelebihan;
  3. Perunding hendaklah mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai ISO 9001/2;
  4. Perunding hendaklah mempunyai pengalaman praktikal (ISO9001/2) di dalam sesebuah syarikat minima selama dua tahun;
  5. Perunding pernah memberikan khidmat perundingan (minima empat tugasan) kepada syarikat-syarikat mengenai perlaksanaan ISO 9001/2 dan seterusnya syarikat-syarikat berkenaan berjaya mendapatkan persijilan management system berkenaan;
  6. Perunding yang mempunyai pengalaman dalam pengauditan (external audit) menurut sistem pengurusan kualiti ISO 9000 adalah suatu kelebihan.

​Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ids.abci@mod.gov.bn.​